Friday, August 21, 2009

PEMBENTANGAN FARMAKOKINETIK DADAH

Rabu, 19 Ogos 2009 -

Hari ini merupakan satu hari lagi yang bersejarah dalam hidupku. Aku diletakkan dalam kumpulan A pembentangan tugasan Farmakokinetik Codeine. Lebih mendebarkan isi kandungan slide yang aku persembahkan banyak persamaannya dengan slide Tok Penghulu yang membentang lebih dulu daripadaku dengan tajuk yang sama. Dr Kamisah pula banyak soalan dia...Fuh!!!!!

Aku terkedu apabila disoal bertubi-tubi oleh Dr Kamisah dan Prof Madya Dr Norazlina

Haslinda Hussin Pembentang keempat

Hazlinda Nur pembentang kedua


Malik Abdul Mulok pembentang terakhir dalam kumpulan A

Malik menerima sokongan daripada kawan-kawan sebelum pembentangan

Thursday, August 13, 2009

Sunday, July 19, 2009

Apa Itu Kaunseling

Mitos khidmat kaunseling

Kaunseling adalah nasihat. Hubungan kaunseling hanya sehala. Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia(Klien). Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.

Definisi kaunseling

Menurut Blocher (shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.Burk dan Steffire (George & Cristiani,1990), mendefinisikannya: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap kehidupan, dan belajar manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai. Kaunselor perlu berpandangan terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien.

Tuesday, July 14, 2009

MUKADIMAH

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

Buat pertama kalinya saya memiliki blog sendiri. Dikesempatan ini saya sangat suka mengalu-alukan sesiapa sahaja yang sudi mengikuti blog saya ini.

Terima kasih.